TRIP TO SABAH PART 1 :)

assalammualaikum and hye everyone. 

wah macam tak percaya je kita update blog kali ni. hehehe . 
hye everyone . sorry sebab lama gila tak merepek2 dalam blog ni so rasa awkward sangat so jangan hope yang entry ni seronok macam blogger lain yea, hahahaha .

so tengok tajuk entry pun korang dah tahu kan kita nak merepek pasal ape. actually tak de terfikir pun nak update pasal vacations kali ni since ramai sangat yang tanya so kita update dekat sini then korang baca la okay :) 

peringatan Awal !!! aku upload budget and gambar-gambar, then explain sikit2. so jgn expect aku nye entry gila kelakor atau power macam maria elena ke cik epal ke eh. plus ENTRY AKU PANJANG . so kalau malas jangan baca . HAHAHHAHAHA 

RM600 dan apa anda boleh lakukan di kota kinabalu ?

okay. trip ke sabah . kali ni aku pergi sebab merialisasikan impian (ceeewahh) kawan aku sorang ni cik alia  sebab nak tengok lembu macam dekat new zealand tu . since dia student lagi and susah nak cuti . so kitorg pergi jela bulan 8 ni walau kitorang tahu KK tak berapa nak selamat kan. 

team #SunBurnAugust 
dari kiri : echa, alia, izzatul, and aku la yang gemuk tu. HAHA 


 so jom kita tengok perjalanan kitorang and budget rendah kitorang :) 
 mesti korang tak percaya , tapi ni fakta yea awak-awak :)



3 OGOS 2015(ISNIN)



*Naik AIR ASIA . flight delay sejam . tu perkara biasa . so sampai KK pukul 12 tengah malam . 






memasing nak pose kan . silaaaa kaannn .

flight kitorang delay 1jam . so dalam flight kitorang makan sebab lapar gila wei. sampai je KKIA2 kereta sewa kitorang dah tunggu. kakak tu sangat baik . kak wawa nama dia . dapat je kereta masing-masing kecoh la nak pi mana ni sebab tak tahu jalan kan . sekali baby iphone aku ni buat hal pulak bateri habis . menggagau la cari jalan . sesat barat dalam sejam pastu baru ler sampai Hotel . dari tanjung Aru sampai ke sepanggar la kitorang pergi padahal hotel dekat pusat bandar je . takpe sesat tu perkara biasa , yedak ? HAHAHA. sampai hotel semua tidur . sebab esok nak bangun awal pi KUNDASANG ~~~ tengok LEMBU ALIAAAA ~


4 OGOS 2015(SELASA)


 Bangun Pagi then Check Out dari Somido Hotel . Awal gila okay masing masing bangun . pukul 7 dah terpacak dekat kedai makan bawah hotel tu . Okay dekat Sabah ni breakfast pagi dorang macam soto, nasi ayam , mihun sup macam tu tau . susah gak la nak jumpa Roti canai , nasi lemak . or maybe kitorang yang tak explore kut . ntah lah, okay lepas makan terus bukak waze. tengok kundasang tu dekat mana . Jauh jugak lah . so semua dah ready??  journey bermula.

Kalau dari pusat bandar korang kena pergi Tuaran then straight je ke tamparuli then baru sampai kundasang. lepas kundasang Ranau . so first PitStop kitorang . 

RUMAH TERBALIK AND 3D ART MUSEUM, 
FEE : rm 31.80 (package rumah terbalik +3D ART MUSEUM)/PER PERSON

sedikit ulasan : 3D art Museum ni ada 27 Gambar 3D . so not bad la , so ambik la gambo puas puas yea, then keluar je 3D art museum ni terus pergi ke rumah terbalik tu, dekat dalam rumah tu korang tak dibenarkan ambik gambar. and pada aku kalau tak pergi pun takpe kut sebab nya rumah tu takde ape2 sejarah pun yang berkaitan dengan sabah . so kalau nak bergambo saje-saje bleh la kut, tu pun dekat luar rumah je. macam yang kitorang ambik ni jela. 











mesti pelik an mana datang lelaki tu . ouh tu husband Echa . dia Stay KK . so dia la yang tolong bawak kitorang jalan KK . 


okay so since kitorang pun memang kaki bergambar , dekat sini je phone aku dah tinggal 30% dari 100% . terlalu banyak gambar dkt 3d art museum tu kitorang ambik. tapi aku share sikit jelaa yedak. 

perjalanan pun diteruskan untuk menjejaki lembu alia . hahaha . serious wei . jalan dekat sana lagi bahaya dari jalan nak ke Cameron Highland tu . kau bayangkan lah dh la banyak corner then dengan kabus tebal nya . and time kitorang pergi tu kundasang hujan . serious kabus teruk . tak nampak kereta depan. so perjalanan jadi lambat la . 

KINABALU PARK
FEE: RM3.OO/PER PERSON
sedikit ulasan : Kinabalu park ni la tempat orang duk buat larian and orang yang nak start mendaki gunung kinabalu . kitorang masuk tapi sayang nya tak ada rezeki kena patah balik sebab diorang tutup since gempa hari tu. so dapat masuk sikit je tengok hotel dalam kinabalu park ni. masha Allah cantik wei hotel dia . so next time pergi kumpul duit banyak stay sini yea, dah la sejuk je sentiasa , 

tak dapat masuk , dapat berdiri depan maps pun jadi lah . AHAHHAHAHA 


misi di teruskan untuk mencari LEMBU ALIA . cuaca macam merestui kitorang tau sebab kitorang sampai je kundasang hujan pun berhenti, Thanks Allah sebab permudahkan :) 

saat yang dinanti kini tiba . 
nak pergi dairy farm ni pun sesat barat gak . nasib baik tak lepas ranau . sebab farm ni dalam kawasan kampung yang dalam . and jalan masuk nak ke farm ni pun macam tak percaya je ade lembu dalam tu . aku suggestkan sapa nak pergi bawak 4WD yea. senang nak bergerak . 

DESA DAIRY FARM, NEW ZEALAND 
FEE: RM5.00 / PER PERSON
sedikit ulasan : tempat ni serious best ! 




















SubhanAllah cantik nya permandangan dekat sini sampai tak terkata . dengan angin yang kuat . dengan permandangan Gunung kinabalu yang indah . kalau korang nak tengok gunung kinabalu korang datang ni wei . sebab nya dari sini package semua dapat . Gunung Kinabalu nampak . Lembu New Zealand ada and memang kau tak percaya lah kau dekat Malaysia . Ingat dekat Overseas dah ni . 




wajib try !! Fresh Milk dia ! Ice Cream and waffel . semua sedap wei . dengan cuaca yang nyaman nyaa . memang freeze mind la katekoo . dekat sini jugak korang boleh tengok macam mana dia proses susu lembu . perah susu lembu semua la . tapi time kitorang datang tu dh tengah hari so maybe lembu dah habis perah susu kut . HAHAHAHA . aku rasa lerr . 


so lepas dah bergambar macam orang gila dekat sini kitorang pun pi la lunch dekat KFC , sebab masing2 lapar and agak susah nak cari kedai makan dekat sini . yang aku nampak KFC je . so tibai jela . sebab dah lapar tahap naga . hahahahahaha

semua misi dah terlaksana . so sekarang masa untuk balik ke hotel sebab malam ni ada misi ke2 yang kitorang nak terjah . Misi ape ????


CELYN CITY HOTEL (Kampung Air)
RM120/NIGHT (breakfast included)
sedikit ulasan: Suggested !! sebab hotel ni cantik and pada aku untuk orang yang low budget macam kitorang , hotel ni dah kira superb la. siap ada breakfast and hotel ni dekat je dengan pasar philippines and night market yang ada seafoods tuuuu . dalm 10minit macam tu la . pada aku dekat la . sebab kau still boleh jalan kaki kan . hahahahha . 


cantik kan hotel ? serious selesa. bagpack macam aku memang suggest dekat korang hotel ni. 

so lepas check in semua . kitorang pun decide untuk rehat dan berlenggang lenggang kangkong di dalam bilik since KK hujan lebat . tak sempat tidur pun sebab masing-masing busy dengan gambar . HAHAHAHAHA . 


SEAFOOFD ! (NIGHT MARKET)
RM25.OO/PER PERSON
Sedikit ulasan : Kalau kau nak makan seafood dekat sini make sure kau lapar tahap nak makan orang sebab wei. makanan dia sedap gila weiii . freshh weiiiii . 





nanti sampai je pasar ni kau kena pilih ikan and kedai mana kau nak beli . ada harga siap masak . macam kerapu rm15.00/100gram. ade la harga2 dia . korang pandai la tawar menawar sendiri yea.   kawan aku suggest pergi kedai 3RASA , anyway kedai dekat sini setiap bulan dorang akan switch tau tempat meniaga dorang . so korang takkan nampak kedai tu dekat tempat yang sama . so nanti kalau tetiba cari tak jumpa jangan salahkan aku plak. maybe kedai dia dah beralih ke depan belakang kiri kanan . hahahahaha


dalm pukul 8 malam macam tu kitorang dah keluar cari makan . memang nak cari seafood and kawan aku suggest tu la kitorang pergi,  wei sumpah sedap weeeiii . kitorang ambik ikan kerapu , sotong and udang je . pastu telur. sebab ingatkan tak habis . Sekalii rugi weeiii . sebab sedap sangattt . ruginyaaa tak ambik banyak . habis licin semuanya. 


IKAN KERAPU MASAK 3RASA
UDANG DRY CHILIS
SOTONG MASAK BUTTER
SOTONG GORENG TEPUNG
TELUR GORENG
NASI PUTIH 5
AIR
                                                                          
RM 125.00/5 orang : rm25.00 seorang











 wei kalau korang pergi tolong lah makan banyak-banyak sebab sedap gila weii . aku rasa macam nak pergi KK semata nak makan seafood dia pastu balik. HAHAHAHA
serious sampai sekarang tak boleh lupa rasa dia . aishhh sedapnya ikan fresh.



dah kenyang ape lagi . masing-masing mata kuyu la . so kitorang balik hotel and tidur . sebab esok ada misi ketiga untuk diterjah . 

so misi kedua kitorang berjaya di terjah . misi ke 3 ? kita tungu next entry eh :)


BAJET SETAKAT INI : 
(3/08/2015)
budget (per person): 
TICKET FLIGHT : RM 120.OO/Return
MEALS: RM15.00 (Nasi Lemak Pak Nasser)
HOTEL: BUDGET HOTEL (somido hotel): RM 32.5O
*(Share 1bilik 2 orang)(RM70.00/ROOM)
KERETA SEWA: myvi 1.3 auto : RM 80/4hari
MINYAK KERETA: RM5.00
*share ber 4

(4/08/2015)
 budget (per person): 
MINYAK KERETA: RM10.00
BREAKFAST: RM 6 (Nasi Ayam/Limau Ais)
RUMAH TERBALIK / 3D ART MUSEUM : RM 31.80
KINABALU PARK : RM 3.00
DAIRY FARM NEW ZEALAND : RM 5.00
DESA ICE CREAM : RM 5.00 / wajib try ! 
MEALS:RM15.00 / KFC 
DINNER (SEAFOOD):RM25.00

                                                                                                  

RM 353.30 /=

So baki kita ada lagi ? rm 246.70 . APE YANG BOLEH DILAKUKAN ???
jumpa next entry :) 








entry panjang,
DEE_

No comments:

Post a Comment