trip bajet BORACAY 2016 part 1

Assalammualaikum,

hey guys, seems likes lama tak update blog kan. sorry sorry busy and sedang berusaha menjadi yang lebih baik. aiceehh. okay tak nak cakap banyak. nak share cerita pasal my 1st vacation for this year . Alhamdulillah, first of course thanks to Allah, mudahkan segalanya, even waktu nak pergi tu macam-macam dugaan dia. tapi memang dah rezeki. Alhamdulillah syukur sangat. second, ma ayah yang percaya anak dia mampu survive dekat negara orang. and support minat. adik teharu. sebab sampai rumah je ayah senyum tengok anak dia dah selamat sampai. *nangis tepi bucu.

okay, ramai tanya, betul ke pergi sorang ? I wish to say no but i had to say yes, tapi on last day kita jumpa kawan kita. so still consider tak pergi sorang okay ? should we stop here? pasal pergi dengan siapa semua? okay thanks . hehe

i just percaya Allah ada jaga kita.itu dah cukup. kita letak Allah paling utama, niat baik, buat semua benda ingat Allah dlu, doa dulu, paling tidak bismillah. okay tak mau cerita pasal ni. nanti orang ingat kita poyo je. hehe . xpe . berubah slow2 kan :) okay dh jom sambung cerita pasal seronoknya BORACAY . hahahaha tak sabarnyaaaaaaaaaa wei.


BORACAY 4-7 MAC 2016

kita budget : RM 1 500 (maximum) 
(jom kita tengok apa je yang boleh buat dengan budget ni)


Direct Flight from KUL to KLO by Air Asia : RM400 (Include luggage 20kg/insurans)
Hotel 4Days3Night : Patricks Home station 2 (rm250)
tukar duit peso: 11000 peso
tukar duit USD: 120USD

deal activities dengan : Rizan (deal siap2 nak main ape semua. nanti dia tolong arrangekan masa and activities tu).

dari malaysia kita dah ready semua di atas tu. so smpai sana senang kan. dah boleh terus have fun.

So, lets the journey began.

DAY 1
transport : bus + jetty fee + boat fee + transport to hotel : 1100 peso.
makan : chicken burger + mineral water : 185 peso.
                                     
1285 peso

flight dr KUL ke KLO (kalibo airport) ambik masa lebih kurang 3jam 50minutes. so gerak dari KUL 10:50am smpai KLO dalam 2:45 mcm tu lah plus minus.

*akak excited sampai KALIBO. 

Keluar je airport Kalibo korang akan jumpa macam2 jenis company yang provide transport . tapi kita dah buat research and since tak nak kena tipu , decide guna SOUTHWEST . (boleh beli online juga yea, cuma mahal sikit dari beli on the spot) company ni ramai blogger suggest tapi mahal sikit. its okay . as long selamat sampai and TRUSTED !! satu benda yang korang kena paham , sini corruptions dia teruk so senang je kena tipu ke ape ke. tapi jangan pandang yang negative tu je. still banyak benda positive yang ada kan. 


*kaunter southwest . 

okay pasal transport . kita nasihat better beli online. lagi mudah. sebab nya bila beli on the spot ni tengok luck jugak. kadang ticket bus habis. jangan jadi macam kita okay. hahahahaha. thanks to couple dari negara mana ntah sbb sudi jualkan ticket dorang dekat kita. Allahuakhbar thanks Allah permudahkan. ticket return include skali semua jetty fee, and everything. nasib baik sangat. so dah tak payah fikir. sebab dia hantar depan pintu hotel. balik dia ambik depan pintu hotel jugak. 

so bermula lah journey 1 jam 40minit dalam bus menuju ke caticlan jetty . wei sila jangan tidur, serious rugi. sebab korang kena tengok semua scenery and keindahan bandar KALIBO. ada sawah yang cantik. ada laut yang cantik and macam-macam lagi. cuba lah untuk observe and masukkan dalam jiwa keadaan negara dorang. mesti korang kan cakap . I'm lucky born as malaysian. hahahah. okay tak gurau je.



sampai je jetty waktu tu dah nak sunset. so maknanya hari kita sehari dah habis dengan perjalanan je. 
naik boat dalam15 minit then sampai la boracay island. waktu touch down boracay island tu rasa nak jerit je. hahahaha. akak kan memang over excited. hahaha





disambut dengan sunset boracay yang mashaAllah speechless, waktu ni tenang sangat. 

orang southwest tu hantar sampai hotel. check in semua . Alhamdulillah hotel kita biasa je tapi semua nya lengkap. plus semua free. no extra charge. nak iron free, nak air panas free, and staff dia pun baik sangat. kita suggest korang stay sini. WIFI LAJU YA AMAT !! tu paling penting !! 

lepas check in semua. sibuk la duk reply semua whatsapp orang malaysia yang risau pasal kita ni. hahaha teharu sangat. tengah syok-syok reply semua whatsapp ni, tetibe !!! POMMMMMMMMMMMM ...................


to be continue.......






No comments:

Post a Comment