trip bajet BORACAY 2016 PART 3

*terlepas part 1 & 2 ? boleh baca dekat sini. click je link tu :)


tengah seronok-seronok snorkelling . excited la kata kan. snorkelling ke sana ke sini, lupa la semua masalah . tiba-tiba

PLOOOOOOOOOPPPPPPOOOPPPPPPPPPPPP

allahuakhbar, pengalaman yang kita takkan lupa sampai bila-bila. nyaris lemas okay , my safety jacket all of sudden mcm terbukak. Allah je tahu takut tu . okay tak cerita banyak . tu nightmare, I'm lucky sbb wkt tu dh dkt dengan boat , so sempat grab dekat situ. nampak tak masuk akal kan ? tapi tu la yang jadi. 

pada kita , tu satu peringatan dari Allah . tak bagi happy sangat and still kena ada precaution and jangan careless sangat. since that , kita tak over excited sangat dah . 




muka lepas lemas . still senyum jugak . padahal dah cuak terus tak nak turun dah . dapat snorkelling sekejap je la pun. Allah bagi pinjam lagi nyawa . alhamdulillah. 

after snorkelling kitorang ke part seterusnya , PUKA ISLAND . dah masuk dalam package . so free of charge . dekat sini dorang stay dlm 1hour macam tu. so boleh mandi and relax la dekat pulau ni. i choose to play with anak-anak boracay dekat sini. nak mandi macam trauma . ahahahahha . 







anak-anak boracay yang peramah and pandai cakap english . ingat tak kita cakap pasal orang sini tak kacau tapi tengok je ? nak tahu tak kenapa ? sebab dorang kata muka kita sama macam dorang . hahaha . macam philipino jugak . patut lah dorang chill je tengok kita . anak-anak ni pun cakap benda yang sama. hahaha . tak tahu nak happy ke nak sedih. kihkihkih

sementara nak tunggu tu boleh la feeling2 retis minum air kelapa tepi laut . hahah . 200 peso okay sebiji kelapa ni. dlm rm18 mcm tu. nangis kita minum. hahaha 
*mineral water still dihati, akak bawak mana pergi botol akak. hahaha. dehydrate kut dekat sini. hahahaha

so island hoping berakhir dengan jaya nya . dalam pukul 4 macam tu dia hantar balik ke station 3 . then rizan bagitahu kena stay until 6:30 untuk next activities plak. time ni la lapar dia memuncak. jalan-jalan la dekat white beach tu, then jumpa halal cafe yang pada kita harga dia sama je macam cafe dekat malaysia . paradise garden nama cafe ni . actually dia hotel tapi ada halal food. and pelayan dia siap bagitahu lagi yang pinggan and cawan dia pun dorang asingkan halal dengan non halal. 



205 Peso untuk donut and hot chocolate tu . sedap and plus dapat free wifi . so sementara nak tunggu pukul 6stgh tu lepak la sini layan whatsapp. rindu malaysia dah time ni. hahahaha

dapat lah alas perut kan since dari pagi makan roti je.

pastu bosan dah tak tahu nak buat apa . tengok ada anak-anak boracay tengah buat boracay sand tu, pastu request la nak kan . mula dia mintak 300 peso, nego punya nego dapat lah 200 peso . tapi tak secantik orang lain punya . boleh la dari tak ada . mostly orang buat nama dengan partner masing-masing so sweet la kan. kita letak nama sorang je . nak letak nama bakal suami , belum muncul time ni. samar-samar lagi. eh . ihiks . okay tak gurau je . ahhahaa



masa ni muka dah start nak legam . hahahaha . bertabah la wahai diyana. 


orang lain ambik gambar dengan partner dengan family . takpe lah kita ambik gambar dengan selipar je . pun okay. hahahahahahahahahahahah


 okay 6:30 ready for sunset sailing . serious excited tapi bukan tahap excited mula-mula tu la . lebih kepada berhati-hati since kita tak nak lemas lagi. hahahahaha . 

sunset sailing naik boat ni la.








waktu ni naik sekali dengan team chinese dari penang . serious tenang sangat, time ni la nak positivekan diri dengan tengok indah nya ciptaan Allah . indah nya permandangan, waktu ni la nak tenangkan fikiran sebab nya dengan angin sepoi-sepoi bahasa , dengan bunyi air laut and permandangan matahari terbenam tu . Allahuakhbar, tak tergambar perasaan tu . 

sunset sailing ni dalam setengah jam macam tu. kita kira bertuah sebab sunset sailing kita memang tepat-tepat tengah sunset lah . kita ada baca blogger yang awal sangat lah, yang lambat sangat lah . Alhamdulillah dapat tepat-tepat . susah nak cakap perasaan dia sebab best gila. lama-lama gila kita dah semua best gila ni. hahahaha . 

after sunset sailing berakhir lah hari kedua dia boracay . malam kita tak keluar pun sebab kepenatan and nak kumpul energy untuk esok. amacam ? best ke tak ? sabar sat , esok ada lagi . lagi menarik dan tertarik. esok semua hardcore activities punya. mohon hati kuat dan mental physical tabah. hahahahahahah


DAY 3
helmet diving +parasailing+flying fish :2400 peso
ATV/Zipline : 1650 peso
tips : 20peso
chatime : 140peso
Seafood : 620peso
                                                                              
4830 peso


pagi-pagi lagi rizan dah whatsapp bagitahu jumpa dekat station 3 pukul 9:30 pagi. hari ni nak buat activities yang lagi excited dari semalam. semangat ni jalan sebab tak sabar dalam masa yang sama takut. as usual makan roti as alas perut . tapi hari ni kita tak sorang . kita jumpa kawan kita dari malaysia.so kitorang main semua benda sekali sebab activities hari ni main ramai baru murah . so ayuh la ke helmet diving . 




abaikan akak yang terlalu excited tu . tak sedar diri semalam lemas . abaikan dia. hahahaha



ni guide kita untuk helmet diving ni. masyaAllah dia cakap lembut gila . muka memang tak ada la tapi gentleman tu aishhh. nasib baik ler awak tu bertatu dekat badan kalau tak kita ajar awak mengucap dah. hahahaha . okay tak gurau je. 



ni la kawan kita yang dari malaysia tu . kenalkan ekin dan kawannya . hahaha . 


okay helmet diving ni tak payah takut la sebab tak seram pun. plus best gila . ikan dia friendly okay . datang keliling kita macam tak ada pape je . bagi makan semua kan. yang ni korang WAJIB cuba tau . sebab nya dekat malaysia ada tapi mahal kan. dekat sini kira murah jugak la. siap dapat gambar and video lagi. 

okay ambil lah pakej dengan rizan sebab nya trusted, kita ulang sekali lagi. takut jugak video and gambar tak dapat kan . Alhamdulillah dapat. dorang hantar ke hotel okay. ade baca review cakap kena tipu dorang tak hantar pun CD nya. thanks Allah mudahkan. trusted sangat rizan ni. 






ni gambar dari dorang . gila syok kannnn ikan keliling kita macam tak ada ape je . korang kan stay dalam 20minit macam tu dalam air ni . so boleh la ambik gambar sepuas hati. waktu ni terlupa bawak turun camera . so tiada la gambar sendiri . nasib baik ler ade gambar dari dorang ni. 

lepas helmet diving diorang akan bawak terus ke platform seterusnya untuk flying fish and parasailing. jauh antara dua platform ni dalam 10minit macam tu je . sampai-sampai je dah ramai la abang-abang Philippine menanti . like usual . dorang pandang kita macam ape je. sebab nya dorang kata muka macam orang sana . again tak tahu nak happy ke nak sedih. hahahahahah 

tapi dorang ni ramah . tanya jela ape pun semua dorang jawab and tolong. kita request nak buat cepat so diorang try cepatkan . semua macam smooth je dekat sini. betul2 dipermudahkan. 


since dorang dah tolong so kita ambik la gambar dorang .thanks guys tolong kita and bagi layanan VIP dekat kitorang . 




time ni baru nak naik , excited lagi . kau tunggu dekat tengah laut nanti. tengok nangis tak nangis . ahahhaha . tolong pergi youtube and cari video FLYING FISH BORACAY . korang tengok sendiri extreme dia camne . pastu fikir patut nangis ke tak. hahahahahaha .serious seriauuuu . tapi nak naik lagi. kawan kita dua2 jatuh tengah laut. cuak gak la tapi best. camne tu ? hahahaha




flying fish antara activities yang memerlukan suara dan kekuatan tangan . hahahah sebab kau kena pegang kuat-kuat . kalau tak tercampaklah anda ditengah laut. suara tu untuk jerit lah. hahahahahahaha

settle flying fish kitorang terus ke activity yang dinanti-nantikan . PARASAILING .
best gila okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. nampak tak okay tu panjang . maknanya best gila.














seronoknya atas ni dapat jerit puas puas . dapat nyanyi , semua boleh. korang nak nangis pun boleh . tu belum excited tengok cantiknya laut boracay lagi . SubhanAllah, speechless , cantik sangat dari atas . indah nya ciptaan Allah . tak boleh digambar . tolong la datang dan tengok sendiri . baru korang tahu kenapa kita excited sangat cerita . 

dalam setengah jam jugak dia bawak terbang ni. seronok sangat. rasa nak terbang sana lagi sebab nak naik ni je.(okay ni over) . ahahahha 

after settle semua ni. dorang akan hantar kita balik ke station 3 . next activities start pukul 2:30. time ni settle semua dlm 12 lebih. so decide balik hotel dulu and nak tukar baju since dah basah kan . petang ni last activities sebelum balik malaysia esok. 3/4 activity settle. tinggal 2 activity je lagi petang ni. 

on the way balik tu singgah beli chatime. kemain engko ye kak, malaysia berlambak chatime takmo beli. dekat boracay jugak engko beli yea. hahahaha 

so balik hotel tukar baju semua . pukul 2:30 jumpa rizan dekat D'MALL . station 2 . last activity dekat boracay . ATV ride and ZIPLINE. 

kali ni rizan ikut sekali so dapat lah borak-borak kan. time ni nampak sangat kejujuran rizan . kitorang macam salah kira tau duit untuk bayar tu . then kawan kita macam its okay takpelah. dia bayar je extra 150 peso. otw nak pergi ATV tu tiba-tiba rizan return balik 150peso. rupanya sepanjang perjalanan tu dia fikir kenapa lebih 150peso dekat dia. pada kita , sikap macam ni kita puji . sebab tu kita suka ulang yang dia trusted !! sebab dia amanah and jujur. 

so sampai tempat ATV ni korang boleh pilih nak naik ATV ke nak naik BUGGY , time ni semua datang couple . so dorang semua naik BUGGY . kita sorang je naik ATV . ahhahahaha . nampak tak forever alone dekat situ. (eh tak alone la, Allah kan ada)





dapat bawak ATV naik bukit dalm 20minit macam tu. then stop sekejap dalm 40minit , tolong ready energy yea, sebab nanti sampai sini korang kena naik tangga , hahaha , agak tinggi dan mengah. 







view boracay dari atas bukit . cantik kan? so penat tu tak menyesal la sebab cantik kan view nya . 
sekali lagi abaikan akak yang perasan terbang tu. dengan baju senget . ntah ape ape ntah dia tu. hahahahahaha

lepas settle ATV ni dorang akan bawak pergi tempat zipline pulak. semua ni dah masuk dalam pakej dengan rizan ni. (harga tengok dekat atas tu yea) so korang takde lah pening2 kan. 

akhirnya yang dinanti-nanti setelah sekian lama. ZIPLINE baby ~~~
BENDA WAJIB BUAT KALAU DATANG BORACAY

kan dah caps lock tu. so wajib okay. jangan nak berdalih lagi. hahahahahah





akak mampu belanja gambar je . video kena tengok dekat insta yea (@diyanasarif )
wei tolong lah jangan takut naik benda ni sebab sumpah best gila. tak gayat langsung sebab nya best. membazir je kalau korang takut . serioussssssssssss ni . best sangat sampai rasa nak naik lagi. 
(mungkin lepas ni akak naik dengan suami, mana lah tahu kan. hahaha. okay gurauuuu lagi).

so lepas main ni maka berakhir la semua nya . tamat sudah segala activity di boracay . kita cuba semua benda yang wajib . yang tak wajib ade je tapi tak sure ape dia. nanti korang google sendiri yea. 







pergi zipline, balik naik cable car bogel. hahahah kita panggil dia cable car bogel sebab safety dia out wei. ahhaha . macamyang korang tengok tu. hahahahaha . time ni turun je terus jerit. success semua nya . alhamdulillah. selesai semua nya . 

esok dah balik malaysia. malam tu kita shopping dekat EMALL . eh korang . ada beza tau DMALL dengan EMALL. EMALL murah lagi barang sourviner dia. habisla duit peso kita. hahahaha . 

esok nya tu balik malaysia dah. satu archievement buat diri sendiri. berjaya pergi dan balik dengan selamat. terima kasih Ya Allah mudahkan semuanya. ketemukan kita dengan orang-orang yang banyak sangat membantu. untuk pengalaman yang tiada tandingan nya. bersyukur sangat, 

sebelum terbang sempat minum fresh mango dia dekat airport. serious sedap gilaaaa. aduhh memang semua gila la dekat sini. 

time ni balik dah . sedih kena tinggalkan boracay . takpe ada rezeki kita mai lagi noh. 


penambahan excited. kita satu flight dengan keith foo. ahahah 
mohon awak yang dekat malaysia tu jangan jelous. hati saya masih utuh pada awak. eh. kbye. 



akhirnya berakhir jugak update kita pasal boracay ni. so jom kira balik berapa dah kita habis untuk trip kali ni:

TOTAL BUDGET

transport : bus + jetty fee + boat fee + transport to hotel : 1100 peso.
makan : chicken burger + mineral water : 185 peso.

Island hopping : 700 peso
crytal cove : 200 peso
sunset sailing : 200 peso
Boracay sand : 200 peso
coconut drink : 200 peso
cakes/ hot choc : 205 peso
beach fee : 20 peso
tips : 20 peso

helmet diving +parasailing+flying fish :2400 peso
ATV/Zipline : 1650 peso
tips : 20peso
chatime : 140peso
Seafood : 620peso
                                                          
7860 PESO : RM678.00 
Direct Flight from KUL to KLO by Air Asia : RM400 (Include luggage 20kg/insurans)
Hotel 4Days3Night : Patricks Home station 2 (rm250)
                                                                                                                 
RM1328.00

kita ni kira boros jugak sebab kita beli chatime la makan donut dekat cafe tu lah. korang still boleh low budget lagi. cut dekat makan. bawak makanan dari malaysia and try cari ticket murah and hotel murah okay ::)



GOOD LUCK GUYS and HAPPY HOLIDAY :)







No comments:

Post a Comment